Isnin, 24 September 2012

Kenapa Kahwin Muda?

Mesti anda berasa kahwin muda merupakan sesuatu perkara yang membebankan bukan? Anda pasti? Perkara ini bukan lah satu halangan agama Islam tetapi siapa yang jadi penghalangnya? Pasti adik-adik diluar sana ramai yg mempunyai impian berkahwin muda....mari ikuti sebab-sebab kahwin muda!!!

1) Penuhi impian generasi muda
Apa tidaknya??sejak dibangku tadika dan sekolah anak-anak telah dididik untuk bergaul berlainan jantina tanpa pengawasan agama..tapi cikgu kan ada?..Cikgu mendidik tetapi sistem pendidikan negara menjadikan pergaulan itu sesuatu yang kebiasaan ..bila sudah biasa, cikgu juga dididik sedemikian, maka yg haram menjadi halal tanpa teguran..justeru, anak-anak sudah pandai bergaul mesra diusia kecil..hubungan cinta juga bertambah telus...maka keinginan berkahwin juga bermula pada usia yg muda..
2) Elak berlakunya maksiat
Ini biasa kita dengar dimana-mana...sudahlah sejak kecil berangan hendak kahwin, ditambah pula dengan kurangnya pengawasan ibubapa, pengaruh porno di internet, pergaulan bebas, dan lain-lain, menjadikan maksiat begitu kuat untuk berleluasa..jadi elok kahwin awal, untuk mengelakkan maksiat laknat Allah
3) Penenang Jiwa
Anda sedia maklum, kebanyakan mahasiswa sekarang adalah muda,solo, meminjam ptptn..graduan juga melimpah ruah menjadi penganggur..sudah tentu mereka harus berusaha gigih untuk mendapat gred tinggi mengatasi pencabar mereka...tidakkah itu tekanan melampau?Kahwin mampu hilangkan stress menurut Imam Ghazali dalam kitabnya, al-Ihya’ Ulumuddin..Duit bilik jimat, maka pon jimat, jika ada masalah pasangan dapat membantu...Hebatnya!!!
4) Rezeki berlipat kali ganda
“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)....itu janji Allah..Contoh yang jelas ialah ibubapa kita...Mekipun dilahirkan pada zaman, miskin, perang dan seba kekurangan, jarang sekali kita lihat org yang berkahwin hidupnya susah dan kebuluran..
5) Meringankan beban diri dan ibubapa
jika berkahwin awal, maka lepaslah tanggung jawab ibubapa menanggung anak itu..ibubapa berasa ringan untuk melakukan urusan lain..begitu juga dengan pasangan yang kahwin awal, semua perkara dikongsi bersama...tanggungjawab, beban kewangan, masalah dan dll
6) Kebal dalam kemahiran rumah tangga
kahwin awal menyebabkan ibubapa lebih mengawasi pasangan ini...didikan dan contoh terbaik diberikan semasa muda..juga lebih berkesan bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya..segala pandangan, didikan dan teguran menjadikan diri kebal dalam apa-apa masalah rumahtangga pada masa hadapan lebih-lebih lagi bab penceraian..

Demikian lah sebab berkahwin awal...mulia ibadah ini..jadi jangan jadikan kawin muda penghalang bagi meneruskan pelajaran...Hebatkan?..heheheh